Thursday, May 7, 2015

Isra Management  Sdn Bhd 

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang . Alhamdulillah setinggi tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah Rabbul Jalil , selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW dan seluruh keluarga serta para sahabat seterusnya pejuang-pejuang fisabilillah yang sentiasa istiqamah mendaulatkan kalimah Allah di muka bumi ini .

Kesihatan merupakan kunci utama kesejahteraan insan dalam kehidupan kita , kesihatan merupakan satu simbol atau status kekayaan seseorang diatas muka bumi , sehebat mana kita manusia , setinggi mana pangkat kita , agenda penjagaan kesihatan mesti diutamakan sebagai hamba Allah yang dituntut dalam Islam.

Kesihatan merupakan nikmat dan anugerah Allah SWT yang amat besar . Masalah kesihatan di dunia sekarang telah mengalami REVOLUSI , jika dahulu masyarakat mengalami masalah kekurangan zat makanan dan vitamin tetapi hakikat hari ini masyarakat mengalami masalah kesihatan akibat lebihan daripada makanan.

Penyakit yang wujud dalam masyarakat kerana limpahan nikmat rezeki yang tidak terhingga , dimana manusia terlupa dan tidak mengikut garis panduan yang disusun oleh ALLAH SWT dan gagal mengamalkan pemakanan sunnah seperti yang ditunjukan oleh RASULULLAH SAW , ini berpunca akibat daripada kelalaian dan kealpaan manusia sendiri yang tidak menjaga keseimbangan dalam hidup seperti dalam surah AR-RUUM ayat 41.

“Di mana Allah SWT mengingatkan kita bahawa kerosakan muka bumi ini akibat perbuatan manusia itu sendiri dan perlu bertanggungjawab atau merasa akibat daripada perbuatan tersebut kegagalan inilah yang menyebabkan manusia ditimpa pelbagai musibah penyakit yang pelik menjadi wabak didunia moden tanpa ada cara teknologi moden , penyelidikan atau ubat , vaksin , antibody untuk menyembuhkannya “

Adalah menjadi satu kepentingan bagi seseorang itu tahu akan kelebihan di sebalik makanan sunnah Nabi Muhammad SAW. Ianya bukan sahaja baik untuk kesihatan tubuh badan dari segi fizikal tetapi juga baik untuk organ dalaman seperti membantu melancarkan penghadaman makanan dan pelancaran peredaran darah . Di samping itu , setiap makanan sunnah tersebut ada kelebihannya tersendiri.

No comments:

Post a Comment