Saturday, May 9, 2015

BIODATA PROFESSOR DR NANA FAZIL

Yang Berbahagia Professor Dr Nana Fazil merupakan anak jati kelahiran Kampung Kastam , Bukit Gelugor, Pulau Pinang . Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kampung Kastam sehingga Darjah 6, meneruskan pengajiannya di MRSM Perlis sehingga Tingkatan 5. Kemudian , menyambung pengajiannya ke Kolej Universiti Perubatan London dalam jurusan Neurologi dan Fisiologi.

Seawal umur 29 tahun , beliau merupakan anak jati Pulau Pinang yang pertama yang memegang PHD pertama seawall usianya . Dalam bidang kerjaya , beliau kemudian mula berkhidmat sebagai Junior Consultant dalam Jabatan  Neurologi di West Minister And Chelsea Hospital selama 1 tahun sebelum menyambung pelajaran untuk PHDnya yang kedua dalam bidang Perubatan Islam ( Neurologi) . Usaha gigih anak jati Pulau Pinang ini dalam menuntut ilmu , dengan memperolehi 2 PHD dalam bidang Neurologi dan Fisiologi iaitu  satu dalam bidang Perubatan Saraf Moden dan  juga dalam bidang Perubatan Saraf Islam.

Sewaktu masih berada di London , beliau telah ditawarkan oleh British Medical Association sebagai Neurologi Consultant selama 1 tahun , kemudian dipinjamkan sementara dalam Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) sebagai Neurologi Consultant selama 2 tahun . Setelah itu , beliau  telah dipinjamkan untuk bersama  Chelsea Football Club selama 6 bulan. Professor Dr Nana Fazil juga pernah berkhidmat dengan Kerajaan Isreal selama tempoh 6 bulan di Hebrew College di bawah Mandat Pertubuihan Kesihatan Sedunia WHO sebagai Neurologi Consultant. Setelah hampir 4 tahun , beliau kembali semula berkhidmat di British Association sehingga tahun 2010. Hasil keunikan teknik sentuhannya, beliau dipinjamkan oleh Olympic London 2012 selama 3 tahun bermula tahun 2010- 2012 sebagai Neurologi dan Fisiologi Consultant.


Begitulah perjalanan hiudp Yang Berbahagia Professor Dr Nana Fazil yang hampir 35 tahun memperhambakan diri berkhidmat di perantauan. Pada Oktober 2012 , beliau telah bersara dan pulang ke Malaysia . Pengkhususan beliau adalah dalam bidang Neurologi dan Fisiologi Consultant. Ternyata  kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih yang berterusan . Usaha yang tidak mengenal erti jemu pasti membuahkan kejayaan dan kecemerlangan.

1 comment:

  1. Online Casino - Kasino-Jadar - Kadang Pintar
    Online Casino for Real Money As a 제왕 카지노 member of the kadangpintar Kasino worrione Group, you can join up now to get 100% bonus and a 100% up to $1,000 bonus.

    ReplyDelete